ASSALAMUALAIKUM AND SALAM TAARUF FROM JEJAK NUR HAWA BLOG.....SYUKRAN JAZILAN 4 VISITING.....HOPE U CAN GET SOME KNOWLEDGE.....DON'T FORGET TO LEAVE UR FINGERPRINT HERE..... ^_^

Penjejak Berpesan

Wednesday 14 December 2011

Cinta Mukakitab






ADAKAH ANDA TERLIBAT DENGAN CINTA MUKAKITAB?

oleh Hairil Akmal pada pada 27hb November 2011 pukul 8.29 ptg



Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Bila dengar sahaja tajuk mesti bermacam tafsiran apa itu Cinta Muka Kitab.Mungkin orang tahu apa itu lagu cinta Mukabuku tapi sekali lagi saya tegaskan di pihak kerajaan ini adalah cinta MUKAKITAB.tetapi bukanlah kitab yang muka kulitnya dicintai.bukan juga berniat untuk menjadi composer kedua Najwa Latiff apatah lagi dijadikan tajuk lagu single yang bakal diduetkan bersama Najwa.

Buka Hati, Buka Fikiran,Buka plastik kuaci..

Mari Muhasabah seikhlasnya..

Cinta Muka buku:

Cinta yang berkenalan dari laman buku, lelaki tu ugut hantar pesan suh pompuan tu terima dia.. ooh..hati perempuan tu terasa sesuatu..pastu dia neves camna nk bersua, dia gementar tp bahagia.pastu banyak persoalan yang berada di minda dia..(seperti Kata Tanya,Kata kerja,Otak kata jangan, hati kata ya) tu yang membuatkan dia x menentu.n then dia Tanya kat diri dia sendiri ‘’adakah ini CINTA?’’

Cinta Muka Kitab:

Cinta yang seiring di jalan dakwan ex. 2x5 je macam cinta Muka Buku tetapi mungkin versi nya Islamik sedikit. Mungkin datang dari share, like, perkongsian ilmu agama.

Jangan dahulu menghukum melalui emosi..
Teruskan mengopek kuaci anda..


Zaman sekarang pergi mana2 pun ada Fb, Fb dan Fb, pendakwah2 di alam siber pun makin bijak memainkan peranan.Maka dengan itu semakin pesat lah penyebaran dakwah di Fb, maka pendakwah2 dari kalangan siswa siswi, student mahupun belia yang ampuh mujahadahnya berjuang habis2 an di medan Muka Buku untuk menyebar ilmu dan bercucuk tanam ilmu di laman sesawang ini.


Tetapi harus diakui bahawa golongan siswa siswi yang berdakwah bukanlah maksum. Mereka juga ada gelora perasaan yang ingin menyayangi, adalah sesuatu yang normal dalam usia remaja.Fitrah sebagai manusia mempunyai perasaan sebegitu walaupun anda berkecimpung di medan tarbiyah sekalipun.Zaman remaja berdarah muda.maka jangan di jadi pesimis terlalu cepat menghukum.samada Muka buku atau Muka kitab, peranannya sama sahaja. Terpulang kepada otak anda dan husnuzon anda untuk mentafsir.


Salam Ukhwah Fillah

Adalah suatu fenomena yang normal jika sudah di add atau di approve maka ikhwah atau akhowat akan terus mengucapkan ‘’salam ukhwah fillah’’ dan disusuli dengan ‘’syukran approve/add ana’’ ucapan ini mungkin normal dan mungkin sekadar ucapan biasa tanpa bermaksud apa-apa yng blues dan sewaktu dengannya. Maka pegang dengan erat prinsip anda bahawa salam ukhwah fillah itu tidak berniat apa2 dan tidak akan bertukar menjadi ‘’salam sayang dan rindu.’’ Kerana dari suatu perkataan ukhwah, terpulang kepada niat anda untuk menentukan ukhwah itu bagaimana, samada melalui ukhwah tautan hati atau ukhwah sesama saudara Muslim.

LURUSKAN NIATMU


Minat ilmunya, kemudian terlajak pulak minat kepada Orangnya

Jika sudah banyak mendalami perkongsian ilmu maka akan lagi luaslah rangkaian jemaah2 kenalan di medan dakwah facebook.Dari satu artikel di share ke artikel yang lain, maka dengan automatic namanya juga akan terpampang di wall anda dan sekaligus posting terbaru darinya akan ‘tersembul’ di Home Page anda.Mungkin jika pada permulaan bermula dengan minat anda di atas artikel2 yang telah di share. Itu tidak mengapa, kerana adalah suatu kebaikan jika memang berminat dengan ilmu yang di share. Tetapi yang menjadi masalah apabila minat dari ilmunya itu akan membuatkan juga Terminat pada orangnya,lalu dimulakan langkah untuk merisik jika benar sudah berpunya atau belum,apatah lagi jika salam dihulur bersambut.Berbunga hati bukan kepalang apalagi jika pujaan hati itu seorang yang berkarisma dan hebat perjuangannya.Maka akan muncullah kata Tanya, kata hujah seperti yang dinyanyikan oleh najwa Latiff.

Anda berdakwah, dia juga berdakwah.. serasikah jika dipadankan dalam cinta MukaKitab?Di mana sudah posting2 ilmu nya yang anda cintai? Kini tanpa sedar anda lebih mencintai tuannya dari mencintai ilmu yang di post. tangan anda ligat view wall bukan lagi mencari ilmu, tetapi cari berita pujaan hati.

LURUSKAN NIATMU.


Bertukar2 ilmu agama, disusuli dengan bertukar2 hati

Perkongsian ilmu yang dilakukan dahulu kini telah menjadi perkongsian hati. Saya sukzon? Renungkan, tidak mustahil. Jika sudah semakin intim sesuatu komunikasi apalagi jika anda selalu berkomunikasi menggunakan private mesej dan akhirnya bertukar2 no. phone.Melainkan anda post di mesej atau wall kemudian anda tag nama kawan2 anda seramai mungkin. Komunikasi yang terus menusuk jiwa dan sanubari ini jelas antara anda berdua sahaja dan tidak mungkin akan diperhatikan pihak ketiga. Maka ruang privasi ini akan digunakan sebaiknya untuk perdebatan dan hujah menghujah dua hala.

Dan berkat komunikasi dua hala yang semakin lincah diiringi dengan gurauan2 dan kata2 usikan maka lama kelamaan sudah tidak ada segan silu lagi jika perbualan dua hala ini diselit dengan HINT-HINT yang akan membuatkan hati berbunga2 dengan pengharapan kerana anda secara tidak sedar telah pun memasuki fasa perkongsian hati. Akan hilanglah hujah2 agama yang bersungguh2 anda ucapkan itu, akan hilanglah perdebatan dan perkongsian ilmu,Sekiranya ada sekalipun, darah muda anda dapat mengukur yang mana satu lebih memikat hati.

LURUSKAN NIATMU.


Awasi CHAT anda!

Mungkin Chat adalah sesuatu yang seringkali dipandang remeh dan normal.Biasalah.Apa makna Facebook kalau tiada Chat?Chat adalah aplikasi yang paling mudah untuk anda bercinta MukaKitab. Mengapa? Chat adalah perbualan secara LIVE. Chat boleh di reply dan di send dalam masa yang sama.Chat adalah maklum balas yang terpantas. Chat boleh diibaratkan seperti anda berbual secara Real walau tidak bersua muka! Bermula dari SALAM.. kemudian bertanya khabar, buat apa, kemudian bertanya tempat belajar, tinggal dimana dan secara perlahan2 anda telah banyak berkongsi latar belakang yang sepatutnya menjadi privasi. Dari chat hubungan yang biasa akan menjadi intim.

Jika secara Islamiknya mungkin bermula dari bertukar2 link web2 islam, disusuli dengan pertanyaan2 agama, kemudian lama kelamaan bertukar latar belakang hobi, binatang kegemaran dan sebagainya. Sama seperti point yang saya sudah type kat atas.Dimana sudah ikhwah dan akhowat yang lincah posting tentang agama dan teguh dalam mujahadahnya. Di wall anda nampak gah bermujahadah tetapi bila dalam chat tidak padan wall anda jika dibandingkan dengan chat anda.Jika tiada keperluan, offline sahaja Chat anda terutamanya akhowat. Tipu jika anda kata anda mampu menahan diri berterusan chatting ikhwah dan akhowat, kerana anda juga berdarah muda dan tidak mampu menduga bila anda akan diuji soal hati.

LURUSKAN NIATMU.


Perkongsian Agama Yang lebih mendahulukan Lawan jantina.


Memang perlu kita bertanya jika tidak faham akan sesuatu hukum dan persoalan daripada anda terus tertanya-tanya dan terus memilih untuk terus berada di dalam kedaan jahil. Tetapi sebaiknya carilah dahulu yang sejantina jika ingin mengutarakan persoalan agama.Melainkan jika tiada rakan sejantina anda berkemahiran di dalam bidang tersebut dan lawan jantina itu mampu menjawab persoalan2 dari anda. Begitu juga dengan persoalan yang mungkin memerlukan anda memilih variasi jawapan sebelum anda membandingkan hujah mana yang terbaik.Jangan pulak kerana terpikat dengan orangnya maka persoalan2 itu tetap diajukan kepada orang yang sama berkali2,maksud saya dengan niat yang saja2 dan bermotif.tepuk dada Tanya niat. Anda faham kan maksud saya? Bila persoalan2 itu diajukan kerana berniat untuk MERAPATKAN TALI SILATURRAHIM diantara Laila dan Majnun. Eh bukan, Adam dan Hawa. Jangan soalan2 itu dijadikan bahan pengikat kasih antara dua pihak. Bila bertanya, bertanya dengan serius dan benar2 ikhlas.Ilmu Allah bukan Ilmu ‘pengasih’.

LURUSKAN NIATMU.


Niqab itu penyembunyi, bukan Pemikat


EH? Apa kaitan Niqab ngan Cinta MukaKitab lak?


Memang tiada kaitan pun. Saya saja boring2 letak kat sini! Hua3.. sebenarnya memang ada. Bagi saya jika gambar seorang perempuan samada berniqab atau tidak yang bergambar bersama keluarga di hari raya,gambarnya di dalam program,(dalam skala yang tidak terlalu expose) atau gambar yang sekadar cukup untuk pengenalan diri mungkin boleh diterima.*sila rujuk video ustaz azhar Idrus berkenaan hukum letak gambar di fb* Tetapi jika sudah ada sesi photoshoot, buat koleksi gambar sendiri di dalam album bagi tatapan ramai,siap dihias mata dengan celak yang agak tebal,edit gambar kasi cantek punyer,bagi saya itu agak luarbiasa.Mengapa..? agak normal kan jika setiap gambar2 itu akan terselit lah komen2 dari ikhwah “subhanallah, sejuknya hati..” dan komen2 yang sekutu dengannya.Kerana galak dan indahnya mata anda mampu menyilaukan pandangan lawan jantina yang memandang.

Adakah anda yakin dengan komen2 tersebut tidak bergetar hati2 para ikhwah untuk mengintai2 anda. Selesakah anda untuk terus bermujahadah di laman FB dalam berkeadaan begitu.? Anda juga termasuk dalam golongan yang berisiko dalam cinta Muka Kitab kerana peratus hati ikhwah yang telah anda pancing mungkin dengan sengaja atau tidak.Maka mungkin ada dari kalangan mereka yang akan cuba mendekati anda dengan seribu satu kiasan dan mungkin perkongsian.Risiko anda diintai si kumbang2 terlalu tinggi. Maka akan timbullah bibit cinta dan susulan2 ukhwah yang telah dibina. Pilihlah semalu menjadi contohmu, tidak memikat si kumbang, jua berduri malah menguncup saat disentuh.maka tidak akan ada iman adam yang bakal kau ranapkan sekaligus mengangkat lagi martabatmu dengan menjadi yang 'tersembunyi' Tundukkan pandangan indah anda itu kerana kesianlah hati ikhwah2 yang merana di ragut anda tanpa sengaja.

LURUSKAN NIATMU.


‘’Saya memerlukan Insan untuk membimbing saya kearah Islam.”

Alhamdulillah jika berniat untuk berhijrah kepada tarbiyah tetapi sebaiknya dialog di atas ditujukan kepada sejantina. TIADA MAKNA PARODY SYURGA CINTA dalam kehidupan tarbiyah yang sebenar. Acuan Islam adalah di mana anda mencari tarbiyah di dalam kalangan ukhwah yg sejantina dengan anda. Kenapa? Mereka lebih faham dengan apa yang anda rasa. Mereka lebih tahu memahami kedaan anda dan tahu untuk menasihati apa yang perlu anda lakukan.Melainkan anda dibimbing oleh suami atau isteri anda selepas BERNIKAH. Itu baru layak di panggil sebagai syurga cinta yang memang kasihnya akan membawa ke syurga.Sekiranya syurga cinta itu memang indah disusuli dengan bimbingan2, nasihat2, dan sesi muhasabah hati maka tidak mustahil juga disusuli dengan indahnya tautan hati. Maka akan keluar lah statement bahawa anda memilih dia untuk menjadi pemimpin anda, pasangan sehidup semati, terpikat kerana agamanya.

Luruskan niat anda. Berbalik semula kepada dialog ‘’saya memerlukan insan untuk membimbing saya kearah Islam’’ adakah keperluan terhadap insan yang MEMBIMBING melebihi perkataan ISLAM itu sendiri..?Maka akan terbayang2 lah insan yang membimbing melebihi BIMBINGAN ISLAM itu sendiri.Dimana sudah visi dan misi dialog yang sudah diucapkan tadi? Dimana sudah halawatul iman yang anda harap2 kan hasil dari bimbingan itu.Mungkin anda kata anda yakin anda boleh menepisnya, tetapi ketahuilah bahawa darah muda itu sebaiknya dijaga2 dan diawasi.Niat tidak menghalalkan cara.Carilah yang sejantinamu, berkasih sayang lah dan berukhwah bersama mereka, InsyaAllah disana akan bertemu kemanisan tarbiyah yang anda cari.

LURUSKAN NIATMU.


Mabruk! Jika sudah memulai Fasa ingin bernikah.. TETAPI..


Jangan keluarkan statement bahawa saya tidak percaya jodoh di Mukabuku. Jodoh itu kuasa Allah dan saya selaku hamba tidak layak membuat kesimpulan di atas Qada dan Qadar.Ramai juga ikhwah dan akhowat yang akhirnya bernikah selepas berjodoh di Mukabuku.Tetapi, harus diingati..mereka bertemu dalam tanggungjawab dan perancangan serius.Dalam Istilah yang Halal dan terjaga. Tiada istilah Cinta Mukakitab bagi mereka yang serius ingin mendirikan masjid.Pernikahan adalah tautan dua hati yang benar2 HALAL.Jika benar ingin bernikah, padankanlah janji2 manis anda dengan benar2 melalui akad. bukan sekadar omong kosong sehingga mengambil masa beberapa tahun untuk terlafaz akadnya. Sampai bila anda akan menikmati hubungan yang tidak halal?dalam jangka masa berapa lamakah jangkauan anda akad itu akan terlafaz..?Sekiranya anda renungkan semula Lirik lagu CintaMukabuku dan koreksi diri anda semula. Apakah sama situasi anda dan lagu tersebut..?

Mungkin pada awalnya semuanya baik2 sahaja dan segalanya terasa indah kerana ilmu2 agama dan tarbiyah yang anda perolehi.Jangan terus di biarkan diri anda bercintamukakitab tanpa sesuatu yang pasti,segerakanlah akad..dan sekiranya tidak mampu, janganlah dibiarkan mujahadah anda terus disusuli dengan persoalan hati. Tinggalkanlah dia dan kejar cinta Khaliqmu yang utama.Usah bersedih dan kecewa, mujahadah dan cinta kepada Pencipta itu lebih indah. Mungkin belum masanya,maka tidak perlu bersedih hati. Serahkan hatimu kepada Allah, pasti Dia akan temukan padamu PEMILIK TERBAIK.

Maafkan saya jika terkasar bahasa,
Maafkan saya jika ada yang terguris dan terasa,
Maaf, Maaf, dan maaf :’(

Ketahuilah bahawa saya juga mempunyai masa silam yang juga melibatkan soal hati. Walaupun bukan dari cinta Mukakitab.Kerana saya juga remaja seperti anda. Anda di jalan tarbiyah, saya juga baru memulakan fasa tarbiyah. Kita bukan kalangan yang maksum,di jalan dakwah atau tidak, cinta Mukabuku atau Mukakitab kita sama sahaja di dalam suatu perhitungan,kita juga hamba Allah yang masih berjuang sebelum ajal menjemput. belum tentu bangkit belum tentu rebah.

Maka jika memang anda ingin berdakwah di Muka Buku

Berdakwah lah dengan serius

Jika memang anda ingin bertarbiyah di Muka Buku

Bertarbiyah lah dengan serius

Kerana jika seiring jalan tarbiyah,cinta Mukabuku tidak pernah wujud

Kerana seiring jalan Mencari Ilahi, serentak mencari cinta hamba ciptaannya
juga tidak pernah wujud.

Luruskan niat anda dalam bertarbiyah di MukaBuku

Semoga Allah menguatkan hati2 kita..

amiiiin...



ref : (fb=chienta sweet)

No comments:

Post a Comment