ASSALAMUALAIKUM AND SALAM TAARUF FROM JEJAK NUR HAWA BLOG.....SYUKRAN JAZILAN 4 VISITING.....HOPE U CAN GET SOME KNOWLEDGE.....DON'T FORGET TO LEAVE UR FINGERPRINT HERE..... ^_^

Penjejak Berpesan

Wednesday 7 March 2012

Cara Berkomunikasi





Ayuh Berkomunikasi !!!


1. Jangan potong pembicaraan orang yang berada di hadapan kita(sedang bercakap). Biarkan dia menghabiskan pendapat dan ucapannya terlebih dahulu.

2. Berusaha memberi tumpuan pada apa yang disampaikan oleh pihak lain sebelum menjawab dan berhati-hati sebelum berbicara.

3. Jangan meremeh-remehkn pendapat orang lain. Tunjukkan sikap berminat atau perhatian terhadap apa yg diperkatakan, sekalipun tidak berpuas hati.

4. Sebaik-baik ucapan adalah yang sedikit, tidak panjang dan membosankan. Maka singkatkan ucapan. Jangan berbicara kecuali sesuatu yang berfaedah.





5. Bersopanlah berbicara dengan semua orang.

6. Jauhi pembicaraan tentang pribadi orang lain. Bincangkan pendapat tanpa menyentuh hal sesiapa.






7. Berkasih sayang dan berlemah lembut dalam berbicara dengan orang yang berbincang dengan kita. Janganlah perselisihan faham menghalang kita bersamanya hingga berubah menjadi sikap keras kepadanya. Pendapat kita boleh lebih diterima dengan cara demikian.

8. Pilihlah ungkapan yang paling indah, berwaspada dengan ucapan yang menyakitkan dan daripada tuduhan terhadap niat seseorang

9. Jika kita merasakan bahawa perbincangan itu menjadi mendalam, sementara faedahnya tiada, atau pihak lain mulai berdebat dan bertengkar, maka jauhilah.





No comments:

Post a Comment