ASSALAMUALAIKUM AND SALAM TAARUF FROM JEJAK NUR HAWA BLOG.....SYUKRAN JAZILAN 4 VISITING.....HOPE U CAN GET SOME KNOWLEDGE.....DON'T FORGET TO LEAVE UR FINGERPRINT HERE..... ^_^

Penjejak Berpesan

Monday 26 December 2011

Buat Insan Yang Bergelar Sahabat





Buat Insan Yang Bergelar Sahabat







Sahabat!!!

Semua orang punyai sahabat, tidak kiralah apa jua gelaran yang kalian semua berikan, mungkin teman, rakan, kawan. Ia tetap memberi maksud yang sama. Persahabatan itu sungguh indah, betambah indah sekiranya kita ceriakan dengan perkongsian kisah suka duka, masam manis, tangis sendu dalam hidup kita. Namun ada segilintir pendapat mengatakan persahabatan itu menjadi suatu yang subjektif.  

Apakah erti sahabat?

"Saya akan memberitahu anda... ia adalah seseorang yang membuatkan diri anda menjadi berani untuk menjadi diri anda sendiri." kata Frank Crane. 

Indahnya persahabatan.. 

Persahabatan merupakan satu ikatan yang menyatukan dua hati, dua jiwa, dua insan menjadi satu. Satu ikatan yang suci. Silaturrahim yang dibenarkan. Dalam Islam memang dituntut setiap orang itu memuliakan saudaranya, lebih dari dirinya sendiri. Begitu jugalah dengan kepentingan diri anda sendiri.Anda harus mementingkan sahabat anda seperti anda lakukan terhadap diri anda juga. Sebagaimana firman Allah SWT di dalam hadis Qudsi yang bermaksud :
“Sudah pastilah kecintaan-KU itu untuk orang-orang yang saling ziarah menziarahi kerana AKU. Sudah pasti pula kecintaan-KU untuk orang yang saling cinta menyintai kerana AKU, sudah pasti pula kecintaan-KU kepada orang-orang yang saling bantu membantu kerana AKU. Juga sudah pastilah kecintaan-KU untuk orang yang saling tolong menolong kerana AKU.” - Riwayat Ahmad dan Hakim.








Suramnya persahabatan

Dalam kita membicarakan keindahan, kemanisan persahabatan.. cuba kalian perlahankan alunan muzik, perlahankan lenggokan kipas usang, tarik nafas dan gerakkan sel-sel di anugerah terindah dari Allah. Fikirkan kenapa keindahan persahabatan itu juga boleh menyuramkan warna persahabatan. 
Firman Allah S.W.T dalam (surah Az-Zukhruf : 67) yang memberi maksud :

"Pada hari itu sahabat-sahabat karib, sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengah yang lain, kecuali orang-orang yang persahaban berlandaskan taqwa yakni iman dan amal soleh."






"The glory of friendship is not the outstretched hand, nor the kindly smile, nor the joy of companionship; it is the spiritual inspiration that comes to one when he discovers that someone else believes in him and is willing to trust him with his friendship." - Ralph Waldo Emerson



No comments:

Post a Comment